aku cuma seorang anak perantau, yang berdagang ke negeri orang untuk mencari makna hidup, setip pelusuk negeri aku masuki, setiapnya mempunyai ceritanya tersendiri....
Tuesday, August 31, 2010
sepi 2
Perjalanan aku makin samar, dengan penuh tanggungjawab dan tekanan diatas bahu aku. aku temenung seketika di tangga, sambil menghembuskan sebatang rokok aku mengenagkan masa silam aku, aku ada impian dan harapan yang belum aku kecepai.
Hujan yang turun, seakan memberi aku petunjuk, talifon di tangan aku genggam erat, dada aku rasa berkobar, adakah satu pangilan mampu memberi jawapan, tanpa aku sedari air mata aku jatuh, lalu aku campakan talifon ke sofa dan kembali menikmati titisan hujan yang aku rasakan dapat melupakan apa yang aku rasa.
Persetankan apa yang orang kata, jiwa ini adalah milik aku, aku mahu, aku tahu apa hati aku. aku tidak mahu termanggu menjadi dungu yang tidak keruan menyalak menyatakan hatinya sepi, siapa mereka menghalang aku. ini adalah bahagian hidup aku, biar payah sejuta kali pun akan aku cuba atasinya dengan segala apa yang aku terdaya. biar seribu cengkerik di hutan pesagi ini menemani aku, aku akan sabar menunggu hingga ada yang bisa aku curahkan kasih setulus kasih yang ada di sanubari aku ini..
Aku tahu setiapa apa yang aku bicarakan, akan kamu tatapi. jangan kamu kasihan kan aku, aku tidak akan pernah untuk berharap kau akan kembali untuk memberi jawapan, aku tidak akan sesali setiap apa yang aku lepskan kerana aku ratapinya hari-hari. untuk selamanya dengan setulusnya aku relakan setiap apa yang telah kita konsi bersama.
Aku dedikasikan sepuluh jari aku kepada insan yang pernah aku sayangi, maaf aku pinta kerana aku hilang puncah dan menyalahkan kamu setiap waktu, walau salah aku, kerana aku tidak pernah mencuba untuk mencari penganti bagi mengisi kekosongan hati aku ini. mungkin aku akan dikecewakan lagi atau aku akan temui insan yang terbaik yang mungkin hadir untuk mengisi setiap ruang waktu hidupku sehingga malaikat maut menjempuku.....
lopeofhope
hutan pesagi ogos2010
Monday, August 30, 2010
sepi
separuh hidup aku, aku menunggu jawapan untuk aku miliki hati seorang perempuan, sehingga aku tutupkan seluruh rasa hati aku untuk memiliki hati2 yang lain, namu apa yang aku peroleh adalah kekecewaan yang terus menghambat kespian yang aku tanggung buat masa ini...
aku mungkin seorang naif tetang cinta, tapi kenapa ada sahaja penghalang untuk aku mencarinya, adakah kerana aku masih menanti cinta darimu. atau aku yang lemah dan terlalu lemah untuk itu.
sehinggakan suatu hari aku diuji dengan kehadiran ana, walau keterlanjuranyan aku telan dengan seikhlas hati, aku tetap kehilanganya kerana tuhan itu maha kaya. hari ini aku menulis kerana aku sangat sedih dengan diri aku kerana aku masih tidak berbuat apa.
aku biarkan apa yang aku rasa, bila malam menjelma aku sesali setiap apa yang aku buat, aku berdoa kepada tuhan kurniakanlah aku seseorang yang baik akhlaknya. semoga aku beroleh manfaat darinya.