Monday, January 17, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

Sunday, December 19, 2010

RASA CINTA YANG SELALU MEMBAHAGIAKAN

Dua tiga mejak nie, rasa macam tak cukup masa nak buat itu, nak buat ini, macam-macam nak buat, sampai tak sempai nak dicapai. namun dalam kesibukan ini akhirnya sempat juga aku melangsungkan majlis pertunangan yang berlangsung tepat pada raya haji pertama. walau pun hujan sedikit membasahi ketika majlis berlangsung namun majlis tetap berjalan dengan mantap.

demi rasa cinta yang terjalin antara aku dgn dia, 2 cincin disarungkan menanda dia akan aku miliki, alangkah indah rasanya hati aku, hingga aku tidak mampu untuk katakan kepada semua apa yang aku rasa, namun disebalik majlis ini aku dapat rasakan tanggungjawab yang aku akan pikul tidak lama lagi.

rasa cinta ini, akan selalu mengigat akan aku kepada cintaku nurul farah diyana yang jauh dari mataku, namu dengan talifon sedikit kerinduan dapat juga diubat, aku sedikit kurang bersetuju dengan kata2 org yang mengatakan jangan selalu berhubung nanti dah kawin tak tau apa yang nak dicakap. bagi aku bil talifon aku bayar korang sebuk nape, bukan aku minta duit korang, bagi aku asalkan kita bahagia dengan apa yang kita buat kita teruskan. lagi satu yang kawin aku bukan korang.

bila dikenang kata-kata sakit hati mula aku nak marah, namun aku biarkan rasa marah aku tadi dengan mengunyah beberapa keping biskut sambil dicicah kedalam air tea o suam kurang manis. haaaa... ape kene aku nie nak cite pasal cinta melalut cite biskut, ok berbalik pada certa tadi, sememangnya apabila dikenang zaman sepi-sepi tanpa cinta dulu, aku rasa hidup aku lebih baik berdua dari berseorangan.

dikesmpatan ini, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada sayangku sayang cuk, yang aku rinduinya siang dan malam, kehadiranmu bagai satu cahaya yang selalu membawa aku kejalan kebahagian yang aku cari - cari selama ini. terima kasih sayang...

lopeofhope
pesagi dis 2010

Tuesday, October 19, 2010

i love u sayang

WAJIB SETIAP WAKTU MULAI SEKARANG, DULU KENAPA AKU TAK TERPIKIR.. HAAAA

Thursday, October 14, 2010

Langkah yang baru

Aku panjatkan rasa kesyukuran aku kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya aku masih berada di dunia ini. selama ini mungkin aku terlalu angkuh kepadanya, namun petunjuknya buat aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ini.. aku juga berterima kasih kepada ESQ TRAINING MALAYSIA kerana telah menyedarkan aku, bahawa betapa aku telah jauh dari Allah dan keagunganya buatkan aku tersedar aku cuma makhluk yang kecil yang tidak bermaya. sebahanallah maha suci Allah ampuni dosa aku.

sesungguhnya langkah-langkah aku terasa ada kelainanya, kerana dahulu aku pernah berkata jika aku tak mampu jadi baik, aku akan berpura-pura jadi baik, nescaya suatu hari aku akan jadi baik. alhamdulillah aku tidak terus hanyut dengan dunia aku, kalau dulu aku menagongkan punk sekarang tidak lagi begitu. cukuplah aku sampai disitu, masa depan sudah terbentang dihadapan aku, buat apa lagi aku memandang kebelakang, sejarah hitam biar ia menjadi sejarah.

pagi ini aku terbangun dengan nada dering mom on strike mengejutkan aku, aku sedikit mengelengkan kepala, kenapalah nada dering nie aku gunakan, mungkin sudah lali dengan nada ini aku biarkan diri aku mengelamun seketika, tiba- tiba aku teringatkan awek aku, aku capai hend phone aku yang oldskool, nokia6270 keadaan yang agak uzur membuatkan aku membelek-beleknya dengan penuh kasih sayang. sayup hati aku bila melihat wajah awek aku terpampang dekat wallpaper hend phone aku.

selamat pagi sayang, sms ku kirim, melihatkan tiada line bar di talifon, aku letakan hend phone aku di jendela, moga-moga msg yang mewakili aku sampai ke orang yang aku sayangi. aku gagahkan langkah ke bilik air, terus berwuduk dan menunaikan solat subuh. selepas habis aku duduk di berandar sambil memerhati langit mencerah. banyak yang aku fikirkan sampai aku tidak sedar jam sudah pukul 7 pagi. aku ingat esok nak joging pagi lah, sambil menepuk- nepuk perut aku yang semakin hari semakin membesar.

selepas seketika mengelamun di berandar aku ambil keputusan untuk masuk mandi. suasana pagi di perkarangan kuarters felcra pesagi kelihatan sama sepeti pagi-pagi yang lain. kabus pagi yang beransur hilang ditelan mentari pagi mengurangkan kesejukan yang dapat aku rasakan. apkah keajaipan yang aku akan lakukan hari ini, hati kecil aku berkata, namun pikiran aku melayang kepada lapuran yang masih belum dihantar. namun dalam kesibukan ada juga masa untuk orang yg tersayang, msg ringkas yang aku terima dari sidia cukup membuatkan semangat pagi aku berkobar-kobar.

dalam diam aku bermuasabah diri aku, langkah ini tidak seperti dulu, langkah yang mengharap gaji dihujung bulan, kehadiran orang yang tersayang membuatkan aku lebih memahami apakah tugas yang sepatutnya aku lakukan. aku berkata kepada diri aku rajin kerja kalau nak sara anak orang. aku tergelak kecil sambil berdoa kepada tuhan agar cinta aku biarlah cinta sufi bukanya cinta nafsu semata-mata. nurul farah diyana sesaat tidak akan aku sia-siakan kamu..

lopeofhope
pesagi okt 10

Saturday, October 9, 2010

CATATAN UNTUK SAYANGKU NURUL FARAH DIANA

Hari ini, adalah hari yang sama, sama seperti semalamya, cuma yang membezakanya perjalanan dan langkah aku tidak sama seperti dahulu, kalau dikatakan orang, saat ini menjadi titk perubahan orang yang lebih baik dari semalamaya.

Kehadiran mu, sayangku adalah sesuatu rahmat tuhan yang tak mampu aku ceritakan kepada seluruh seisi bumi ini. malah jawapan yang selalu membelengu diri aku ini terjawab dengan kehadiran mu itu. hati ku ini buta dan gelap kerana selalu sahaja tidak dapat menilai antara cinta yang berteras nafsu dan juga cinta yang selalu ada keberkatan dari Allah.

kehadiran mu, membuatkan aku selalu besyukur pada tuhan, tidak lupa juga aku panjatkan doa agar kamu sentiasa dilindungi dan dirahmati selalu. aku selalu dapat merasakan jalan-jalan yang baik selalu bersama dengan aku, tidak kurang juga bila aku buntu, akan ada jalan penyelesaian yang aku tidak sangka akan menyelesaikan masalah yang aku tanggung. subahanallah maha suci Allah, aku sujud syukur padamu.

Sepertimana manusia lain yang tidak sempurna, begitulah aku, terimalah kekurangan dan kelebihan aku, bersyukurlah pada tuhan bila kita dipertemukan. aku akan selalu menjadi yang terbaik yang kamu inginkan sayang, tidak akan aku bazirkan walau sesaat bersamamu, akan aku abadikan segalanya bersamamu hingga ke syurga bersama-sama keredaan ilahi..

lopeofhope
syukur okt 10

Tuesday, October 5, 2010

NURUL FARAH DIANA

subahanallah, anugerah tuhan tidak ternilai buatku.

lopeofhope
ampang sept 2010

Monday, September 27, 2010

Buntu

10 perkara yang membuntukan aku minggu ini

1) adakah aku bersedia dengan program ekonomi yang aku akan lancarkan.
2) adakah aku mampu tangani kerja lebih masa, yang mungkin akan meletihkan aku.
3) adakah aku mampu menyelesaikan masalah perebutan harta pusaka keluarga alwi.
4) adakah aku mampu menyelesaikan masalah perebutan harta pusaka keluarga mak com.
5) adakah aku mampu selesaikan borang tanda tangan perjanjian tanam semula yg berlambak.
6) adakah aku mampu mengatur perjalanan program siswazah mengangur.
7) adakah aku mampu mengatur perjalanan mesyuarat agong yg akan diadakan bulan 11 nanti.
8) adakah aku mampu menyelenggara program ekonomi untuk peserta.
9) adakah aku mampu mengatur hidup aku dengan baik.
10) adakah aku mampu untuk menambat hati seorang wanita.

lopeofhope
hujan pesagi