aku cuma seorang anak perantau, yang berdagang ke negeri orang untuk mencari makna hidup, setip pelusuk negeri aku masuki, setiapnya mempunyai ceritanya tersendiri....
Sunday, December 19, 2010
RASA CINTA YANG SELALU MEMBAHAGIAKAN
demi rasa cinta yang terjalin antara aku dgn dia, 2 cincin disarungkan menanda dia akan aku miliki, alangkah indah rasanya hati aku, hingga aku tidak mampu untuk katakan kepada semua apa yang aku rasa, namun disebalik majlis ini aku dapat rasakan tanggungjawab yang aku akan pikul tidak lama lagi.
rasa cinta ini, akan selalu mengigat akan aku kepada cintaku nurul farah diyana yang jauh dari mataku, namu dengan talifon sedikit kerinduan dapat juga diubat, aku sedikit kurang bersetuju dengan kata2 org yang mengatakan jangan selalu berhubung nanti dah kawin tak tau apa yang nak dicakap. bagi aku bil talifon aku bayar korang sebuk nape, bukan aku minta duit korang, bagi aku asalkan kita bahagia dengan apa yang kita buat kita teruskan. lagi satu yang kawin aku bukan korang.
bila dikenang kata-kata sakit hati mula aku nak marah, namun aku biarkan rasa marah aku tadi dengan mengunyah beberapa keping biskut sambil dicicah kedalam air tea o suam kurang manis. haaaa... ape kene aku nie nak cite pasal cinta melalut cite biskut, ok berbalik pada certa tadi, sememangnya apabila dikenang zaman sepi-sepi tanpa cinta dulu, aku rasa hidup aku lebih baik berdua dari berseorangan.
dikesmpatan ini, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada sayangku sayang cuk, yang aku rinduinya siang dan malam, kehadiranmu bagai satu cahaya yang selalu membawa aku kejalan kebahagian yang aku cari - cari selama ini. terima kasih sayang...
lopeofhope
pesagi dis 2010
Tuesday, October 19, 2010
Thursday, October 14, 2010
Langkah yang baru
sesungguhnya langkah-langkah aku terasa ada kelainanya, kerana dahulu aku pernah berkata jika aku tak mampu jadi baik, aku akan berpura-pura jadi baik, nescaya suatu hari aku akan jadi baik. alhamdulillah aku tidak terus hanyut dengan dunia aku, kalau dulu aku menagongkan punk sekarang tidak lagi begitu. cukuplah aku sampai disitu, masa depan sudah terbentang dihadapan aku, buat apa lagi aku memandang kebelakang, sejarah hitam biar ia menjadi sejarah.
pagi ini aku terbangun dengan nada dering mom on strike mengejutkan aku, aku sedikit mengelengkan kepala, kenapalah nada dering nie aku gunakan, mungkin sudah lali dengan nada ini aku biarkan diri aku mengelamun seketika, tiba- tiba aku teringatkan awek aku, aku capai hend phone aku yang oldskool, nokia6270 keadaan yang agak uzur membuatkan aku membelek-beleknya dengan penuh kasih sayang. sayup hati aku bila melihat wajah awek aku terpampang dekat wallpaper hend phone aku.
selamat pagi sayang, sms ku kirim, melihatkan tiada line bar di talifon, aku letakan hend phone aku di jendela, moga-moga msg yang mewakili aku sampai ke orang yang aku sayangi. aku gagahkan langkah ke bilik air, terus berwuduk dan menunaikan solat subuh. selepas habis aku duduk di berandar sambil memerhati langit mencerah. banyak yang aku fikirkan sampai aku tidak sedar jam sudah pukul 7 pagi. aku ingat esok nak joging pagi lah, sambil menepuk- nepuk perut aku yang semakin hari semakin membesar.
selepas seketika mengelamun di berandar aku ambil keputusan untuk masuk mandi. suasana pagi di perkarangan kuarters felcra pesagi kelihatan sama sepeti pagi-pagi yang lain. kabus pagi yang beransur hilang ditelan mentari pagi mengurangkan kesejukan yang dapat aku rasakan. apkah keajaipan yang aku akan lakukan hari ini, hati kecil aku berkata, namun pikiran aku melayang kepada lapuran yang masih belum dihantar. namun dalam kesibukan ada juga masa untuk orang yg tersayang, msg ringkas yang aku terima dari sidia cukup membuatkan semangat pagi aku berkobar-kobar.
dalam diam aku bermuasabah diri aku, langkah ini tidak seperti dulu, langkah yang mengharap gaji dihujung bulan, kehadiran orang yang tersayang membuatkan aku lebih memahami apakah tugas yang sepatutnya aku lakukan. aku berkata kepada diri aku rajin kerja kalau nak sara anak orang. aku tergelak kecil sambil berdoa kepada tuhan agar cinta aku biarlah cinta sufi bukanya cinta nafsu semata-mata. nurul farah diyana sesaat tidak akan aku sia-siakan kamu..
lopeofhope
pesagi okt 10
Saturday, October 9, 2010
CATATAN UNTUK SAYANGKU NURUL FARAH DIANA
Kehadiran mu, sayangku adalah sesuatu rahmat tuhan yang tak mampu aku ceritakan kepada seluruh seisi bumi ini. malah jawapan yang selalu membelengu diri aku ini terjawab dengan kehadiran mu itu. hati ku ini buta dan gelap kerana selalu sahaja tidak dapat menilai antara cinta yang berteras nafsu dan juga cinta yang selalu ada keberkatan dari Allah.
kehadiran mu, membuatkan aku selalu besyukur pada tuhan, tidak lupa juga aku panjatkan doa agar kamu sentiasa dilindungi dan dirahmati selalu. aku selalu dapat merasakan jalan-jalan yang baik selalu bersama dengan aku, tidak kurang juga bila aku buntu, akan ada jalan penyelesaian yang aku tidak sangka akan menyelesaikan masalah yang aku tanggung. subahanallah maha suci Allah, aku sujud syukur padamu.
Sepertimana manusia lain yang tidak sempurna, begitulah aku, terimalah kekurangan dan kelebihan aku, bersyukurlah pada tuhan bila kita dipertemukan. aku akan selalu menjadi yang terbaik yang kamu inginkan sayang, tidak akan aku bazirkan walau sesaat bersamamu, akan aku abadikan segalanya bersamamu hingga ke syurga bersama-sama keredaan ilahi..
lopeofhope
syukur okt 10
Tuesday, October 5, 2010
Monday, September 27, 2010
Buntu
1) adakah aku bersedia dengan program ekonomi yang aku akan lancarkan.
2) adakah aku mampu tangani kerja lebih masa, yang mungkin akan meletihkan aku.
3) adakah aku mampu menyelesaikan masalah perebutan harta pusaka keluarga alwi.
4) adakah aku mampu menyelesaikan masalah perebutan harta pusaka keluarga mak com.
5) adakah aku mampu selesaikan borang tanda tangan perjanjian tanam semula yg berlambak.
6) adakah aku mampu mengatur perjalanan program siswazah mengangur.
7) adakah aku mampu mengatur perjalanan mesyuarat agong yg akan diadakan bulan 11 nanti.
8) adakah aku mampu menyelenggara program ekonomi untuk peserta.
9) adakah aku mampu mengatur hidup aku dengan baik.
10) adakah aku mampu untuk menambat hati seorang wanita.
lopeofhope
hujan pesagi
Sunday, September 26, 2010
doa
sememangnya menerima hakikat sebuah perpisahan bukan mudah. satu tamparan jiwa yang sangat radiakal telah aku terima. sememangnya penantian selama 4 tahun aku menunggu alin hanya memperlihatkan aku menjadi manusia yang sangat naif. aku di ikat tanpa tali hinggakan aku tidak tahu siapa diri aku untuk dirinya. macam orang yang terpinga dan tak tahu apa-apa. akhirnya aku ambil keputusan untuk diam. diam tanpa berbicara. dan aku terus berdoa, berdoa suatu hari akan ada wanita yang akan bersimpati terhadap aku. doa seperti diatas, aku berdoa siang dan malam.
tuhan itu menguji aku, hingga aku tidak mampu untuk menahan ujianya, sewaktu aku cuba mencari dimana cinta aku berada, aku diuji dengan letakan tempat aku bertugas. sememangnya bila aku ditawarkan bekerja, seribu kesyukuran aku panjatkan pada tuhan. tapi bila aku jejak kan kaki ke pejabat kawasan, hati aku bermain dengan seribu persoalan. hutan mana aku berada sekarang, bukan ke aku lewati kampung orang asli tadi, berapa bukit harus aku tempuhi untuk keluar, berapa orang yang tinggal disini, semua bermain difikiran aku.
bagaimana harus aku tempuhi hari esok, terasa sunyi bila lihat pokok-pokok getah dihutan pesagi. rasanya macam semalam aku melepak di depan jam kota tinggi, melihat orang lalu-lalang, rasa terhibur dengan telatah mereka. apa yang ada didepan aku, hanya lah sebuah motosikal pinjaman en hamid kepada aku. dengan moto itu aku mengelilingi satu jajahan pesagi, aku lihat bagaimana orang pahang hidup. sambil itu mengintai peluang jika ada awek-awek yang boleh dijadikan teman, hahaha...
setiap kali aku melintasi perkampungan orang asli, pastinya aku akan mendapat senyuman yang baik dari penduduk disana, aku berkata kepada diri aku, kalau orang asli ini mengaku mereka asli akan aku katakan kepada mereka aku lagi asli, aku duduk jauh lagi dalam dari mereka, air dan talifon pon sukar untuk digunakan. hahaha. bebrbalik doa diatas sana. suatu hari atas doa yang aku tidak sangkakan, doa itu termakbul.
disini lah aku katakan doa, pentingnya kita berdoa dengan sempurna, dan minta yang baik. aku pohon dengan than sesiapa pun aku terima, aku dapat apa yang aku pohon. ana, seorang yang biasa, tapi apa yang menarik walaupon aku tahu dia bosia, dia jujur. untuk dia buat pengakuan kepada aku bukan perkara yang mudah. aku tak ambil masa yang lama untuk menerima dia. bagi aku kisah silam dia biarkan jadi sejarah. kerana aku adalah sejarah baru untuk dia.
sampai waktunya aku begitu yakin. aku tak mahu dia terus hanyut, walau aku tahu ada kawan-kawan aku yang mengatakan dia rajin keluar dengan lelaki lain. aku tidak tahu apakah yang aku cuba buat, terdesak sangat kah aku, sampai aku dah tak ada calon lain yang lebih sesuai. banyak kawan-kawan aku yang kurang setuju dengan aku. adakalnya aku mengalirkan air mata kerana tidak tahan apakah percubaan yang sedang aku hadapi. hampir tiap malam aku berdoa kepada tuhan, berikanlah aku petunjukmu ya allah.
waktu itu aku sangat yakin dengan tindakan yang bakal aku buat, aku letakan syarat kepadanya, hanya mahukan dia memakai purdah apabila sudah menjadi isteri aku kelak. kejam sangat ke aku nie. ternyata itulah punca perpisahan kerana dia mahukan kebebasan. aku tidak pernah beritahu mengapa aku suruh dia bebrbuat demikian. mungkin juga dia tidak pernah fikir bagaimana aku mampu menutup aib dia suatu hari nanti. sebagai lelaki yang bermaruah dan tidak sesekali mementingkan kepentingan aku sendiri aku lepaskan dia pergi.
setelah ana pergi, aku memuasabah diri aku, dimana kesalahan yang telah aku lakukan, adakah aku mengonkong, salahkah aku mengubah dari free hair ke jilbab. adakah aku tidak cukup memahami, adakah aku membosankan, bermacam soalan bermain difikiran. akhirnya aku temui doa, aku temui bahawa doa aku. " ya allah kau kurniakan lah wanita kepada aku, walau seburuk dan sehina mana mereka, akan aku terima dengan reda". disini aku dapati doa yang aku ungkapkan dimakbul tuhan.
pelajaran yang aku dapat, aku betulkan doa, dan tidak mengulangi doa itu lagi, tapi jika itu jodoh aku, aku reda. kerana aku juga bukan insan yang sempurna. aku cuma mencari sedikit kasih sayang dari insan yang bergelar wanita. menyayangi mereka dengan seiklas hati dan membahagi kan mereka sehingga malaikat maut menjemputku. aku mahu jadi yang terbaik didalam sejarah peradapan manusia, tak akan ada yang mampu menandingi aku jika aku dihati kamu.
lopeofhope
kenang daku dalam doamu
sept 2010
Friday, September 24, 2010
Perjalanan ini 2
Petujuk Pertama
Sememangnya langkah aku telah tersasar jauh, hingga aku tak mampu menilai dimana kebenaran yang aku cari, sebagai muslim aku tak layak untuk mempersoal tentang tuhan.. setiap orang lakukan kesalahan bagi aku, kesalahan yang aku sendiri tak dapat maafkan hingga kini adalah menduakan tuhan. aku menyalahkan tuhan kerana menjadikan diri aku terhina begini, sedangkan aku tidak pernah berusaha untuk memperbaiki diri aku.. sehingga la suatu hari aku telah didatangi oleh dua orang mualaf. seorang berbangsa hindu dan seorang berbangsa cina. kedua orang ini menyedarkan aku apakan tidakan aku lakukan itu adalah jalan terbaik pernah aku lakukan. hampir saja baju aku boleh diperah kerana titisan air mata yang jatuh. subahanllah, terima kasih Allah..
Pelajaran yang aku dapat
1) kesedihan itu sebahagian dari kita, kerana kegembiraan akan hadir selapas itu.
2) aku belajar ingat mati.
3) aku akan berkaki ayam, apabila melawat pusara nenda yg tercinta.
4) aku tidak lagi melawa kata-kata 3 org ibuku serta 2 org ayahku.
Ganjaran yang aku peroleh
1) aku bukan lagi anak yang terbiar
2) FELCRA Berhad disinilah hidup aku disinari dan dilimpah dengan seribu keredaan.
Petunjuk kedua
Bagaimana aku mahu jadi pemimpin sedangkan aku sendiri tidak bersedia untuk itu. dilema ini aku hadapi ketika aku mula jejakan kaki di bumi pesagi. sememangnya aku sudah lama tidak membaca, lalu aku membuka sebuah kotak yang dalamnya ada beberapa buah buku. aku amatinya dengan baik, tajuk buku tersebut kenapa saya masuk islam. disinilah aku mula mendampingi orang-orang tua bagi memantapkan diri aku.
Pelajaran yang aku dapat
1) setiap minggu aku akan ke perpustakaan, meminjam buku.
2) pelbagai bahan bacaan aku baca, hinggakan aku terpaksa pergi ke 2 buah perpustakaan berasingan bagi meminjam buku,
3) aku mula membaca novel.
4) selalu kene denda sebab pulang buku lewat, macam mana tak lewat aku datang jer perpustakaan tutup... nah salah siapa sekarang...hahaha..
Ganjaran yang aku perolehi
1) stail penulisan aku mula berubah. gaya tidak seharuk dulu, main bedal semacam.
2) aku senang berbicara tentang apa yang dibualkan.
3) banyak edia yang datang bagi aku memperbaiki diri aku.
4) tak mudah tertipu kerana kita bercakap atas fakta.
5) aku mula menulis sajak.
6) aku suke siapa diri aku sekarang.
Petunjuk ketiga
cinta dan perpisahan. dalam banyak-banyak perkara inilah yang paling aku membelengu aku. aku akhiri penantian selama 4 tahun. yang berakhir dengan perpisahan kerana aku hanya bisa menjadi penanti yang setia. disinilah doa memainkan peranan, "ya allah seburuk mana pun wanita yang akan datang aku terima dengan reda".. doa itu laa yang lahir dari mulut aku. tanpa aku sedari suatu hari.
Ana seorang wanita yang aku sanjungi. aku menerimanya kerana pengakuan dia. kerana dia bukanlah seorang gadis sunti yang di idam-idamkan oleh orang yang baik sepertiku. aku merelakan perasaan itu, walau aku tahu itu sesuatu yang pahit, hapir setiap malam aku titiskan air mata aku. hinggalah aku mengambil keputusan untuk tidak membiarkan dia hanyut. aku nekad aku akan ambil dia sebagai isteri aku yg sah, cuma aku letakan satu syarat, aku mahu dia memakai purdah apabila kami sudah berkawin nanti. ternyata syarat itu terlalu kejam baginya dan ternyata dia tidak sangup dengan syarat itu. dan aku lepaskan dia pergi dan aku bersukur kerana tuhan telah berikan aku petunjuk yg besar. pertama doa aku, kedua adahkah aku mampu untuk menangung doa yang telah aku pinta.. subahanallah.
selepas sebulan peristiwa ini berlalu, datang pula su. ternyata doa aku dimakbulkan tuhan. cuma soal perasaan yang penjadi persoalan. menerima aku kerana ayah dan ibu menyuruhnya berbuat begitu.ternyata ia adalah satu tindakan yang kurang bijak. kerana hati adalah milikmu sayang, bila aku melamarnya dengan sebaiknya, lamaran aku diterima, tetapi lamaran itu diterima dengan paksaan dan tanpa kerelaan. aku tahu apa rasanya paksaan bila kita tidak mahu. sebagai seorang yang bermaruah dan tidak akan sesekali mementingkan diri aku sendiri, aku lepaskan su pergi dengan baik. tapi sehari sebelum raya. memang tersiksa jiwa raga,pengajaran jangan tingakan seseorang sebelum raya apa pun, tinggalkan selepas raya tak pa. ternyata ia akan membawa mimpi buruk kepada sesiapa yg mengalaminya. hahaha.
Pelajaran yang aku dapat
1) doa la dengan sempurna
2) jangan menipu dalam soal hati
3) pelajarilah apa yg wanita mahukan, perlukan dan pahami la mereka degan sabar.
4) banyak baca novel dari penulis perempuan.
5) tiada manusia sempurna
6) jangan tinggalkan org sebelum raya.
7) jadi lelaki yg budiman jangan ego sangat.
8) aku mahu jadi lelaki yang terbaik yang akan mendampingi seorang wanita, aku akan curi hatinya dan aku mahu dia tahu hanya akan ada aku sorang sahaja yang mampu memberikan kasih yang mana tidak akan ada lelaki lain didunia ini mampu menandingi aku.
Ganjaran yang aku perolehi
1) aku belajar dari kesilapan
2) aku belajar menghormati perempuan
3) aku belajar apa itu cinta, kasih dan sahabat
4) aku belajar menerima kenyataan
5) aku belajar dilukai dan cuba tidak melukai
6) aku belajar menjadi lelaki yg sejati
7) aku temui sifat sayang adalah sebahagian dari diri aku yang sangat lemah. aku tahu sayang aku pada nafsu. sekarang aku dapat bezakan mana sayang mana nafsu.
sebagai kesimpulan, tahun ini boleh dikatakan tahun aku mencari cinta yang tidak tahu dimana kesudahanya, mungkin aku temui apa yang aku mahu atau aku akan dikecewakan lagi.
lopeofhope
ditemani hujan malam di hutan pesagi
sept 2010
Tuesday, September 21, 2010
Menanti si dia muncul
aku rasa dah sampai masa aku buangkan daun itu, biar dia reput dimamah bumi, kerana itulah tempat sebaiknya buat daun itu.
lopeofhope
pesagi3 sept 2010
Sunday, September 19, 2010
sepi 4
apa pun sebelum aku buka cerita emo dipagi raya, baik aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...
Kejujuran merupakan aspek penting dalam perhubungan, Perpisahan adalah sesuatu yang aku paling benci, mungkin benar kata-kata pakcik Nizam ayah Gepeng kepada aku, 'Ser kita bukan hidup tahun 60 an atau 70 an, kalau dulu-dulu kau buat pakcik percaya dah makan nasi minyak dah minggu nie'. kata-kata pakcik Nizam bermain difikiran aku, mungkin betul aku yang tergopoh gapah sangat.
peristiwa ini berlaku dengan pantas sekali, aku bercopule 4 hari, rekod dalam sejarah. Ramadhan 16 ketika itu, buat pertama kalinya aku rasakan masa seolah berhenti seketika ,apabila buat kali pertama aku bertentang mata denganya, untuk aku yang sekian lama tercari-cari perempuan yang sesuai untuk dijadikan awek, inilah masa yang sesuai untuk ku, dengan tempat tinggal aku yang letaknya selepas perkampungan orang asli, aku rasakan inilah peluang terbaik buatku.
Sememangnya aku ini seorang yang sangat naif dalam percintaan, berbekalkan keberanian dan keiklasan aku untuk mengenali sidia, aku beranikan diri ke rumahnya, Ramadhan 26, walapun aku sering kerumah ayahnya namun aku tidak pernah sedar kewujudanya, tapi aku beranikan diri bersama sahabat aku anip. akhinya aku meminta izin dari ayahnya untuk berkawan denganya. Suhaila namanya, waktu itu aku rasakan hidup aku akan berubah, aku akan tinggalkan segala kejahilan yang pernah aku lakukan, tak henti-henti aku bersyukur kepada tuhan.
Ramadhan 27. kegembiraan yang aku rasakan mahu saja aku ceritakan kepada seluruh isi prut dunia, aku ingin kabarkan aku sedah berteman, dengan riak aku kabarkan kepada semua temanku aku lah orang paling bahagia ketika itu, ketika malam menjelma sesudah aku ungkapkan kalimah bismilah aku lamar dia dengan seikhlas hatiku, ternyata aku bukan bertepuk sebelah tangan, lamaran aku diterima, subahanallah, jantungku seolah berhenti seketika, adakah ini yang dinamakan cinta atau kasih atau sayang.
Manjaku, aku simpan kasih dan sayangku di sebuah bekas, betahun lamaya aku simpan didalam lubuk hatiku, bekas itu aku sudah tuliskan namamu manjaku suhaila, akan aku berikan sedikit demi sedikit, dan bantu lah aku mencedoknya kerana lama ia tersimpan, aku akan jadi yang terbaik dan janganlah kamu samakan aku dengan lelaki-lelaki lain didunia ini. kerana keikhlasan aku tidak akn terduga olehmu sayangku. inilah kata-kata aku kepada sidia malam itu.
Ramadhan 28. semalaman manjaku menutup hendphone nya, buntu juga aku, adakah aku dah berbuat salah, tiba-tiba aku terkenangkan Alin seorang perempuan yang cintanya aku tunggu 4 tahun lamaya, mungkin tuhan membalas kesetian aku 4 tahun lamanya dengan kehadiran manjaku, kadang-kadang terbawak-bawak juga, bila aku mula mengharap dan terus mengharap akhinya aku dikecewakan.
pagi itu aku sedikit cemas dan muram dipejabat, ramai bertanyakan kenapa kamu begitu muram pagi ini, aku cuma mendiamkan diri, hingga akhirnya aku berjaya juga siapkan sebaris sajak yang akhirnya aku kirimkan mengunakan sms kepada manjaku, ternya sms itu mula masuk. aku bengang juga dengan talifon nie, ye laa... line talifon satu bar kadang-kadang tak ada terus, ye laa... tempat pedalaman. !@$%^ betul... ternyata dia membalas dengan menyatakan dia suka sajak yang aku berikan.
Maka hilanglah resah aku pagi itu. mahu saja aku buak lagu resah dari nitrus, eh apa aku melalut nie hahaha.. ok malam pon menjelma, maka bermulalh epesod sepi aku datang kembali. disinilah kejujuran memainkan peranan, aku mula dapat menghidu bahawa dari suaranya aku dapati dia tersiksa degan kehadiran aku disudut hatinya. aku bertanyakan adakah ada lelaki lain selain aku, dengan jujurnya dia menjawab ada, dalam hati aku what the fxxx. memang kaki kenceng pempuan nie, mula kata single lepastuy buat taik cam nie, kan senang masih aku tanya first dia cakap ada lelaki lain, jadi tak laa aku jadi anjing gila menyalak tak tentu pasal.
dah macam-macam perkara romantika aku pikirkan, tiba -tiba malam itu aku dapati aku hanya orang ke tiga yang cuba memikat hatinya. Aku pon bukan jenis memaksa dalam soal hati, aku tanya denganya mengapa dia terima aku bila aku melamar dia, kerana yah dan ibu dia menjawab, ayah dan ibu telah mengunci hati nya untuk meneriam orang lain melainkan aku, dia cukup tersiksa dengan keadaan itu, kini baru aku tahu dia dalam dilima.
saat ini aku cukup sedar bahawa benar kata pakcik nizam. soal hati kita tiada hak, aku pon rasa serba salah kerana perbuatan aku berjumpa dengan ayahnya. kerana aku membelakangkan soal hati bagi pihak perempuan, seolahnya aku tidak menghormatinya. dengan itu aku pasrah dengan apa yang bakal berlaku, diketawakan mungkin perkara biasa, tapi aku sangat menghormati su kerana walaupon dia banyak mulut tapi pendapat dia kelas satu aku bagi A++..
dalam usia pengenalan antara satu sama lain untuk hari keempat akhinya aku ambil keputusan untuk meninggalkanya. memang sesal juga bila buat keputusan begitu, tapi aku percaya dia seorang yang baik, dan akan ada seorang yang lebih baik akan hadir untuknya. nampak memang aku perlu sesal tapi menghormati keputusan orang lain itu kan bagus, lagi dia berterus terang bukan mudah nak berterus terang. sebut berterus terang terkenang aku dengan ana kerana sikap berterus terang dia laa aku terima dia walau aku tahu dia bosia, tapi jodoh dah tak ada nak wat macam mana.
begitulah ceritanya, hari raya memang aku mody, semua buat semua tak jadi. nasib ada pakcik nizam, dibawaknya kau ke pengerang, pantai padang liama dan pantai apa2 jela. bercerita dengan dia buat aku sedar satu benda jangan cepat letakan harapan pada sesuatu yang belum kita miliki, hormati la perempuan kerana asal kita dari situ, jadi lelaki budiman dan jangan menipu kalau mahukan sesuatu. tapi apa pon kalau korang yang baca artikel nie, kalau nak break tunggu lepas raya, pedih siut...haram betul.
lopeofhope
kota tinggi sept 2010
Sunday, September 5, 2010
CINTA UNTUK MANJAKU
Tagisan kesepian hatiku ini
telah dikesat oleh rengekan mu sayang
kelu dan kesal hidup ini
telah lenyap diganti bahagia dari mu
tanda tanya dimana hari esok ku
terjawab dengan kata-kata mu sayang
aku merupakan lelaki yang amat bertuah bermula hari ini, kerana puas aku perjuangkan menentang kesepian yang melanda hati aku, sayangku, manjaku kamulah segalanya buatku, aku akan bahagiakan kamu seperti tiada lelaki lain didunia ini mampu untuk melakukanya, aku akan sayangi kamu dengan aku pertaruhkan seluruh jiwa aku. aku ingin kamu tahu aku cinta kamu untuk selamanya hingga malaikat maut menjemputku.
lopeofhope
purun sept 2010
Thursday, September 2, 2010
sepi 3
malam ini aku menjadi pemuja cinta
dengan seluruh jiwa
aku hayati apakah makna cinta
hati ku seperti digenggam
seperti dirobek-robek
apa makna semua itu
jika aku berseorangan
ditinggalkan kisah lalu
dengan seribu rasa kesepian
yang meyelubung
tusukan-tusukan keras
menerjah hatiku
sehingga aku memilih
untuk mendiamkan diri
agar aku tidak terluka lagi
dalam duka dan harapan
merangkak-rangkak jarum masa
mengukir sejarah disekelilingku
hingga aku gagal menilai
kerana aku tengelam
dengan seribu penyesalan
apakah harus aku lakukan
seribu langkah aku telusi
sejuta harapan aku terbangkan
apakah kepanaan yang
sedang melanda hatiku ini
sehingga aku terjatuh
dalam sedar aku berada
didalam ruang hatiku
yang begitu sepi
reruangan yang kosong
lama tidak terisi
lalu aku memilih
untuk mencari cinta yang fana
lalu aku memilih
untuk mencari bidadari
lalu aku memilih
untuk dilukakan lagi
atau ku temui apa yang ku cari
aku hasilkan sajak ini untuk menyatakan betapa sepinya aku rasa waktu ini, masa, kerja, tempat tinggal aku, aku jadikan alasan untuk menyepikan diri aku, sebetulnya aku hanya menipu diri aku sendiri, kerana aku sendiri takut dilukai lagi.
lopeofhope
ditemani cengkerik pesagi sept 2010
Perjalanan ini bahagian 1.2
Sebenarnya semalam aku hampir menitikan air mata, tapi aku bertanya kenapa aku rasa emo dua, tiga mejak nie, tertanya mana jiwa hardcore aku dah pergi.. tapi ramadhan ya ramadhan ada hikmah buatku tahun ini.. berlatarbelakang masjid besar kuantan aku dengan anip meredah kesesakan bazar ramadhan, dan mengamati kumpulan-kumpulan manusia yang berbuka puasa...
lopeofhope
kuantan sept 2010
Wednesday, September 1, 2010
Perjalanan ini bahagian 1.1
Bulan ramadhan merupakan bulan yang paling aku suka, bukan sahaja bulan beramal, malah dapat juga mengurangkan lemak-lemak berlebihan yang aku ada.. pada tahun ini aku bersempatan ke bandar kuantan untuk sama-sama berbuka puasa di padang MPK. ternyata kelibat manusia begitu ramai hingga penuh padang.
Pada 2 tahun lepas aku sama-sama meraikan ramadhan dengan kawan-kawan dari Sg Isap. dan tahun ini pada 21 ramdhan 1431 aku bersama anip berbuka di padang mpk. mulanya sahabat aku tidak percaya akan kemeriahan di padang. aku hanya berkata kita tunggu dan lihat.. haha ternyata apabila sampai di padang MPK, suara azan berkumandang, memang lepak bila melihat orang meneguk air aku dan anip masih lagi berjalan ke arah bazar, kepala aku dah terpikir air, makan no2.
selepas membeli 2 bungkus air, kami meneguk air sambil mengambil beberapa gambar untuk kenang-kenagan. teryata kemerihan masih terasa, part yang aku tak boleh tahan, apabila aku mula mengambil gambar, banyak juga orang-orang berkata 'cover-cover ada org nak ambil gambar kita', tak kurang juga ada yang menyuruh kami ambil gambar mereka.
Gambar puasa 2008
Gambar nie aku ambil cara sembunyi mengunakan hp kesayangan aku, woi kawan2 aku masih pakai hp lama, sape berminat boleh kasi sebut harga, harga menarik aku tolak kakaka... gambar mamat sebelah tue nama dia bedoh, janagan dok memain dgn dia, dia nie makan budak hahaha...
Waktu nie, belum ramai lagi orang berkumpul, baju putih nie nama dia apunk, kalau korang pergi kuantan kene pau dengan mamat nie, korang tepuk kepala dia tiga kali, sambil tu sebut nama aku sebelas kali, pasti dia akan ketawa tebahak-bahak.. baju itam tu emi tak nampak pulak..
Apa pun aku berterima kasih kepada sahabat-sahabat aku di kuantan, kalau tanpa kalaian aku mungkin tidak berpeluang untuk merasa nikmat berbuka di padang MPK... aku juga memohon maaf jikalau ada ungkapan yang terkeluar dari mulut aku yang membuat hati kalian terasa. jasa kamu semua tidak akan aku lupa, aku tidak ada saudara atau sesiapa yang bertalian darah dengan aku di kuantan, bagi aku kalian semua adalah saudara ku, terima kasih sahabat-sahabat ku...lopeofhop
jungle pesagi sep 2010
Tuesday, August 31, 2010
sepi 2
Perjalanan aku makin samar, dengan penuh tanggungjawab dan tekanan diatas bahu aku. aku temenung seketika di tangga, sambil menghembuskan sebatang rokok aku mengenagkan masa silam aku, aku ada impian dan harapan yang belum aku kecepai.
Hujan yang turun, seakan memberi aku petunjuk, talifon di tangan aku genggam erat, dada aku rasa berkobar, adakah satu pangilan mampu memberi jawapan, tanpa aku sedari air mata aku jatuh, lalu aku campakan talifon ke sofa dan kembali menikmati titisan hujan yang aku rasakan dapat melupakan apa yang aku rasa.
Persetankan apa yang orang kata, jiwa ini adalah milik aku, aku mahu, aku tahu apa hati aku. aku tidak mahu termanggu menjadi dungu yang tidak keruan menyalak menyatakan hatinya sepi, siapa mereka menghalang aku. ini adalah bahagian hidup aku, biar payah sejuta kali pun akan aku cuba atasinya dengan segala apa yang aku terdaya. biar seribu cengkerik di hutan pesagi ini menemani aku, aku akan sabar menunggu hingga ada yang bisa aku curahkan kasih setulus kasih yang ada di sanubari aku ini..
Aku tahu setiapa apa yang aku bicarakan, akan kamu tatapi. jangan kamu kasihan kan aku, aku tidak akan pernah untuk berharap kau akan kembali untuk memberi jawapan, aku tidak akan sesali setiap apa yang aku lepskan kerana aku ratapinya hari-hari. untuk selamanya dengan setulusnya aku relakan setiap apa yang telah kita konsi bersama.
Aku dedikasikan sepuluh jari aku kepada insan yang pernah aku sayangi, maaf aku pinta kerana aku hilang puncah dan menyalahkan kamu setiap waktu, walau salah aku, kerana aku tidak pernah mencuba untuk mencari penganti bagi mengisi kekosongan hati aku ini. mungkin aku akan dikecewakan lagi atau aku akan temui insan yang terbaik yang mungkin hadir untuk mengisi setiap ruang waktu hidupku sehingga malaikat maut menjempuku.....
lopeofhope
hutan pesagi ogos2010
Monday, August 30, 2010
sepi
separuh hidup aku, aku menunggu jawapan untuk aku miliki hati seorang perempuan, sehingga aku tutupkan seluruh rasa hati aku untuk memiliki hati2 yang lain, namu apa yang aku peroleh adalah kekecewaan yang terus menghambat kespian yang aku tanggung buat masa ini...
aku mungkin seorang naif tetang cinta, tapi kenapa ada sahaja penghalang untuk aku mencarinya, adakah kerana aku masih menanti cinta darimu. atau aku yang lemah dan terlalu lemah untuk itu.
sehinggakan suatu hari aku diuji dengan kehadiran ana, walau keterlanjuranyan aku telan dengan seikhlas hati, aku tetap kehilanganya kerana tuhan itu maha kaya. hari ini aku menulis kerana aku sangat sedih dengan diri aku kerana aku masih tidak berbuat apa.
aku biarkan apa yang aku rasa, bila malam menjelma aku sesali setiap apa yang aku buat, aku berdoa kepada tuhan kurniakanlah aku seseorang yang baik akhlaknya. semoga aku beroleh manfaat darinya.
Wednesday, August 11, 2010
sekali bulan ramadan datang balik daa...
Tuesday, July 27, 2010
Perjalanan ini bahagian 1
Semalam selepas seharian di kuantan mencari kamera, akhirnya sony a290 aku sambar, dengan bajet 2k ditangan, berpeluh juga nak bayar, mahu tidak.. motor!!!, sebijik boleh dapat. tapi itu semua tak jejaskan mood suam suam kuku aku, kerana aku sedang berada di sebuah bandar dimana sejarah hidup aku bermula, ternyata aku akan senyum setiapkali melintasi setiap tempat aku pernah lepak, dalam perjalanan balik aku singgah sungai isap lepak dekat hot intranet, sambil menDOTA seframe... nasib skill aku masih ada kalau tak pasti dibuli kau2 punya.. lepas abis lepak tengok jam pukul 8, perjalanan masih jauh lagi nie, aku nak balik temerloh, di seberang jalan terlihat sebuah gerai, aku memang anti giler dengan makcik tu.. dia asal dari belah utara, selalu sangat mengutok aku dulu2... yelaa laa dengan gaya hidup anak punk terbiar sape yg tak kan kata yg bukan2, sekarang dengan baju jaket ada lambang kementerian, rimau 2 ekok aku pleasing laa balik, kasi makcik tu bukak mata sedikit, hahahaha kelakar juga, terbeliak mata dia sambil tersipu sipu minta oder, aku macam biasa buat sombong dan belagak laa pe lagi... rasa puas juga, macam kemenangan yang terbayar, dalam hati aku... tu laa kutuk lagi aku tak ada masa depan, kan sekarang aku dah buktikan, bukanya semua anak2 punk tu semuanya sampah, ada juga yang belakon jadi sampah contohnya aku hahahaha... dah jadi prinsip aku biar orang pandang kita sampah yang penting kita baik dan tak kacau orang. puas dengan apa yang aku rasa dan kenyang pekene mee kari aku bertolak balik kerumah, dalm perjalanan aku terpikir lama betul aku tinggalkan blog, jadi aku ambil keputusan mahu kembali menulis, hahaha... akhirnya aku ambil keputusan menulis perjalanan aku sebagai sampah hingga aku sebagi seorang pegawai yang terbilang...
selepas aku dirempuh oleh pelbagai ombak, api, angin, taufan masalah, dugaan, tomahan, cacian dan segala yang boleh mendatangkan kemarahan akhirnya aku bertukar :-
kini tanggungjawab aku makin besar kepada agama, bangsa, negara, kerja, peserta2 Felcra berhad Kawasan Pesagi, 3 orang ibu dan 2 orang bapa ku serta keluargaku..... biarkan sejarah semalam berlalu, dihadapanku masa yang amat berharga, akan aku nikmati setiapnya sampai ajalku menjempuku.....sekian..
lopeofhope
hutan pesagi july 2010
Monday, June 7, 2010
angle in coma
hampir setiap pelusuk aku bongkar, setiap sudut aku maki, kenapa begitu banyak persoalan yang muncul, aku cuma mahu biasa, apa salah aku, adakah aku memang ditakdirkan untuk menerima apa yg telah aku lakukan, atau adakah ini karma atas apa yg aku telah lakukan, adakah doa aku tidak diterima lagi atau mungkin aku terlalu jahil untuk semua....................
Thursday, April 8, 2010
assalamualaikum & salam sejahtera
bismilahirahmannirrahim
dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, aku bersyukur pada hari ini, dapat juga aku hidupkan kembali blog yg telah lama aku tinggalkan, aku harap blog ini akan selalu menjadi memori indah kepada perjalanan aku dibumi perantauan.



