Thursday, October 14, 2010

Langkah yang baru

Aku panjatkan rasa kesyukuran aku kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya aku masih berada di dunia ini. selama ini mungkin aku terlalu angkuh kepadanya, namun petunjuknya buat aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ini.. aku juga berterima kasih kepada ESQ TRAINING MALAYSIA kerana telah menyedarkan aku, bahawa betapa aku telah jauh dari Allah dan keagunganya buatkan aku tersedar aku cuma makhluk yang kecil yang tidak bermaya. sebahanallah maha suci Allah ampuni dosa aku.

sesungguhnya langkah-langkah aku terasa ada kelainanya, kerana dahulu aku pernah berkata jika aku tak mampu jadi baik, aku akan berpura-pura jadi baik, nescaya suatu hari aku akan jadi baik. alhamdulillah aku tidak terus hanyut dengan dunia aku, kalau dulu aku menagongkan punk sekarang tidak lagi begitu. cukuplah aku sampai disitu, masa depan sudah terbentang dihadapan aku, buat apa lagi aku memandang kebelakang, sejarah hitam biar ia menjadi sejarah.

pagi ini aku terbangun dengan nada dering mom on strike mengejutkan aku, aku sedikit mengelengkan kepala, kenapalah nada dering nie aku gunakan, mungkin sudah lali dengan nada ini aku biarkan diri aku mengelamun seketika, tiba- tiba aku teringatkan awek aku, aku capai hend phone aku yang oldskool, nokia6270 keadaan yang agak uzur membuatkan aku membelek-beleknya dengan penuh kasih sayang. sayup hati aku bila melihat wajah awek aku terpampang dekat wallpaper hend phone aku.

selamat pagi sayang, sms ku kirim, melihatkan tiada line bar di talifon, aku letakan hend phone aku di jendela, moga-moga msg yang mewakili aku sampai ke orang yang aku sayangi. aku gagahkan langkah ke bilik air, terus berwuduk dan menunaikan solat subuh. selepas habis aku duduk di berandar sambil memerhati langit mencerah. banyak yang aku fikirkan sampai aku tidak sedar jam sudah pukul 7 pagi. aku ingat esok nak joging pagi lah, sambil menepuk- nepuk perut aku yang semakin hari semakin membesar.

selepas seketika mengelamun di berandar aku ambil keputusan untuk masuk mandi. suasana pagi di perkarangan kuarters felcra pesagi kelihatan sama sepeti pagi-pagi yang lain. kabus pagi yang beransur hilang ditelan mentari pagi mengurangkan kesejukan yang dapat aku rasakan. apkah keajaipan yang aku akan lakukan hari ini, hati kecil aku berkata, namun pikiran aku melayang kepada lapuran yang masih belum dihantar. namun dalam kesibukan ada juga masa untuk orang yg tersayang, msg ringkas yang aku terima dari sidia cukup membuatkan semangat pagi aku berkobar-kobar.

dalam diam aku bermuasabah diri aku, langkah ini tidak seperti dulu, langkah yang mengharap gaji dihujung bulan, kehadiran orang yang tersayang membuatkan aku lebih memahami apakah tugas yang sepatutnya aku lakukan. aku berkata kepada diri aku rajin kerja kalau nak sara anak orang. aku tergelak kecil sambil berdoa kepada tuhan agar cinta aku biarlah cinta sufi bukanya cinta nafsu semata-mata. nurul farah diyana sesaat tidak akan aku sia-siakan kamu..

lopeofhope
pesagi okt 10

No comments:

Post a Comment