hati-hati bila berbicara dengan tuhan. kerana setiap ungkapan pasti termakbul. aku pernah berdoa kepada tuhan " ya allah kau kurniakan lah wanita kepada aku, walau seburuk dan sehina mana mereka, akan aku terima dengan reda".. ketika ini aku tidak pernah terfikirkan akan doa yang aku ungkapkan itu.
sememangnya menerima hakikat sebuah perpisahan bukan mudah. satu tamparan jiwa yang sangat radiakal telah aku terima. sememangnya penantian selama 4 tahun aku menunggu alin hanya memperlihatkan aku menjadi manusia yang sangat naif. aku di ikat tanpa tali hinggakan aku tidak tahu siapa diri aku untuk dirinya. macam orang yang terpinga dan tak tahu apa-apa. akhirnya aku ambil keputusan untuk diam. diam tanpa berbicara. dan aku terus berdoa, berdoa suatu hari akan ada wanita yang akan bersimpati terhadap aku. doa seperti diatas, aku berdoa siang dan malam.
tuhan itu menguji aku, hingga aku tidak mampu untuk menahan ujianya, sewaktu aku cuba mencari dimana cinta aku berada, aku diuji dengan letakan tempat aku bertugas. sememangnya bila aku ditawarkan bekerja, seribu kesyukuran aku panjatkan pada tuhan. tapi bila aku jejak kan kaki ke pejabat kawasan, hati aku bermain dengan seribu persoalan. hutan mana aku berada sekarang, bukan ke aku lewati kampung orang asli tadi, berapa bukit harus aku tempuhi untuk keluar, berapa orang yang tinggal disini, semua bermain difikiran aku.
bagaimana harus aku tempuhi hari esok, terasa sunyi bila lihat pokok-pokok getah dihutan pesagi. rasanya macam semalam aku melepak di depan jam kota tinggi, melihat orang lalu-lalang, rasa terhibur dengan telatah mereka. apa yang ada didepan aku, hanya lah sebuah motosikal pinjaman en hamid kepada aku. dengan moto itu aku mengelilingi satu jajahan pesagi, aku lihat bagaimana orang pahang hidup. sambil itu mengintai peluang jika ada awek-awek yang boleh dijadikan teman, hahaha...
setiap kali aku melintasi perkampungan orang asli, pastinya aku akan mendapat senyuman yang baik dari penduduk disana, aku berkata kepada diri aku, kalau orang asli ini mengaku mereka asli akan aku katakan kepada mereka aku lagi asli, aku duduk jauh lagi dalam dari mereka, air dan talifon pon sukar untuk digunakan. hahaha. bebrbalik doa diatas sana. suatu hari atas doa yang aku tidak sangkakan, doa itu termakbul.
disini lah aku katakan doa, pentingnya kita berdoa dengan sempurna, dan minta yang baik. aku pohon dengan than sesiapa pun aku terima, aku dapat apa yang aku pohon. ana, seorang yang biasa, tapi apa yang menarik walaupon aku tahu dia bosia, dia jujur. untuk dia buat pengakuan kepada aku bukan perkara yang mudah. aku tak ambil masa yang lama untuk menerima dia. bagi aku kisah silam dia biarkan jadi sejarah. kerana aku adalah sejarah baru untuk dia.
sampai waktunya aku begitu yakin. aku tak mahu dia terus hanyut, walau aku tahu ada kawan-kawan aku yang mengatakan dia rajin keluar dengan lelaki lain. aku tidak tahu apakah yang aku cuba buat, terdesak sangat kah aku, sampai aku dah tak ada calon lain yang lebih sesuai. banyak kawan-kawan aku yang kurang setuju dengan aku. adakalnya aku mengalirkan air mata kerana tidak tahan apakah percubaan yang sedang aku hadapi. hampir tiap malam aku berdoa kepada tuhan, berikanlah aku petunjukmu ya allah.
waktu itu aku sangat yakin dengan tindakan yang bakal aku buat, aku letakan syarat kepadanya, hanya mahukan dia memakai purdah apabila sudah menjadi isteri aku kelak. kejam sangat ke aku nie. ternyata itulah punca perpisahan kerana dia mahukan kebebasan. aku tidak pernah beritahu mengapa aku suruh dia bebrbuat demikian. mungkin juga dia tidak pernah fikir bagaimana aku mampu menutup aib dia suatu hari nanti. sebagai lelaki yang bermaruah dan tidak sesekali mementingkan kepentingan aku sendiri aku lepaskan dia pergi.
setelah ana pergi, aku memuasabah diri aku, dimana kesalahan yang telah aku lakukan, adakah aku mengonkong, salahkah aku mengubah dari free hair ke jilbab. adakah aku tidak cukup memahami, adakah aku membosankan, bermacam soalan bermain difikiran. akhirnya aku temui doa, aku temui bahawa doa aku. " ya allah kau kurniakan lah wanita kepada aku, walau seburuk dan sehina mana mereka, akan aku terima dengan reda". disini aku dapati doa yang aku ungkapkan dimakbul tuhan.
pelajaran yang aku dapat, aku betulkan doa, dan tidak mengulangi doa itu lagi, tapi jika itu jodoh aku, aku reda. kerana aku juga bukan insan yang sempurna. aku cuma mencari sedikit kasih sayang dari insan yang bergelar wanita. menyayangi mereka dengan seiklas hati dan membahagi kan mereka sehingga malaikat maut menjemputku. aku mahu jadi yang terbaik didalam sejarah peradapan manusia, tak akan ada yang mampu menandingi aku jika aku dihati kamu.
lopeofhope
kenang daku dalam doamu
sept 2010
No comments:
Post a Comment