Thursday, September 2, 2010

Perjalanan ini bahagian 1.2

BERPUASA DI KUANTAN 2008 vs 2010 part 2

Sebenarnya semalam aku hampir menitikan air mata, tapi aku bertanya kenapa aku rasa emo dua, tiga mejak nie, tertanya mana jiwa hardcore aku dah pergi.. tapi ramadhan ya ramadhan ada hikmah buatku tahun ini.. berlatarbelakang masjid besar kuantan aku dengan anip meredah kesesakan bazar ramadhan, dan mengamati kumpulan-kumpulan manusia yang berbuka puasa...

semasa aku mula sampai di kuantan, aku rasa sangat sedih, dan tertanya dimana arah akan aku tuju, soalan dan soalan bermain dalam kepala, puas aku cari keunikan kuantan, akhirnya aku temui keunikan tahap dewa yang menjadi carta no 1 dalam carta perkara menarik aku di kuantan. buat kali pertama aku melihat masjid ini hati aku dah tertawan, kecantikan rumah tuhan ini buatkan aku selalu sesali perbuatan lampau aku, aku manusia biasa yang tidak akan lari dari kesilapan..

tengok ramai tak orang berbuka puasa.....




Aku mengambil kesempatan pada ramadhan kali ini untuk mengambil beberapa gambar kenang-kenangan agar suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan yang terindah di bumi perantauan..
Ini la anip, apa kurangnya berposing maut. dia ni laa mula-mula tak percaya, bila aku bawa sekali nak pergi lagi haahahaha...


akau cakap dengan anip bila kina nak makan nie, asik bergambar jer. air dua bungkus dah aku telan...


Akhir kata ramadhan 2010 adalah yang terbaik bagi aku. kerana aku dah ada jawapan yang membelengu aku ketika 2008. aku bukan lagi anak punk yang hidup terbiar, impian dan harapan di hadapan aku, aku mengorak langkah kehadapan menuju jalan yang betul bagi membetulkan kesilapan yang telah aku lakukan.. aku harap tahun hadapan dapat lagi aku kesini.. mungkin dengan seseorang yang agak istimewa hendaknya huhu.....

lopeofhope
kuantan sept 2010


No comments:

Post a Comment