Bulan ramadhan merupakan bulan yang paling aku suka, bukan sahaja bulan beramal, malah dapat juga mengurangkan lemak-lemak berlebihan yang aku ada.. pada tahun ini aku bersempatan ke bandar kuantan untuk sama-sama berbuka puasa di padang MPK. ternyata kelibat manusia begitu ramai hingga penuh padang.
Pada 2 tahun lepas aku sama-sama meraikan ramadhan dengan kawan-kawan dari Sg Isap. dan tahun ini pada 21 ramdhan 1431 aku bersama anip berbuka di padang mpk. mulanya sahabat aku tidak percaya akan kemeriahan di padang. aku hanya berkata kita tunggu dan lihat.. haha ternyata apabila sampai di padang MPK, suara azan berkumandang, memang lepak bila melihat orang meneguk air aku dan anip masih lagi berjalan ke arah bazar, kepala aku dah terpikir air, makan no2.
selepas membeli 2 bungkus air, kami meneguk air sambil mengambil beberapa gambar untuk kenang-kenagan. teryata kemerihan masih terasa, part yang aku tak boleh tahan, apabila aku mula mengambil gambar, banyak juga orang-orang berkata 'cover-cover ada org nak ambil gambar kita', tak kurang juga ada yang menyuruh kami ambil gambar mereka.
Gambar puasa 2008
Gambar nie aku ambil cara sembunyi mengunakan hp kesayangan aku, woi kawan2 aku masih pakai hp lama, sape berminat boleh kasi sebut harga, harga menarik aku tolak kakaka... gambar mamat sebelah tue nama dia bedoh, janagan dok memain dgn dia, dia nie makan budak hahaha...
Waktu nie, belum ramai lagi orang berkumpul, baju putih nie nama dia apunk, kalau korang pergi kuantan kene pau dengan mamat nie, korang tepuk kepala dia tiga kali, sambil tu sebut nama aku sebelas kali, pasti dia akan ketawa tebahak-bahak.. baju itam tu emi tak nampak pulak..
Apa pun aku berterima kasih kepada sahabat-sahabat aku di kuantan, kalau tanpa kalaian aku mungkin tidak berpeluang untuk merasa nikmat berbuka di padang MPK... aku juga memohon maaf jikalau ada ungkapan yang terkeluar dari mulut aku yang membuat hati kalian terasa. jasa kamu semua tidak akan aku lupa, aku tidak ada saudara atau sesiapa yang bertalian darah dengan aku di kuantan, bagi aku kalian semua adalah saudara ku, terima kasih sahabat-sahabat ku...lopeofhop
jungle pesagi sep 2010
No comments:
Post a Comment