Sunday, September 19, 2010

sepi 4

MANJAKU PERGI

apa pun sebelum aku buka cerita emo dipagi raya, baik aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...

Kejujuran merupakan aspek penting dalam perhubungan, Perpisahan adalah sesuatu yang aku paling benci, mungkin benar kata-kata pakcik Nizam ayah Gepeng kepada aku, 'Ser kita bukan hidup tahun 60 an atau 70 an, kalau dulu-dulu kau buat pakcik percaya dah makan nasi minyak dah minggu nie'. kata-kata pakcik Nizam bermain difikiran aku, mungkin betul aku yang tergopoh gapah sangat.

peristiwa ini berlaku dengan pantas sekali, aku bercopule 4 hari, rekod dalam sejarah. Ramadhan 16 ketika itu, buat pertama kalinya aku rasakan masa seolah berhenti seketika ,apabila buat kali pertama aku bertentang mata denganya, untuk aku yang sekian lama tercari-cari perempuan yang sesuai untuk dijadikan awek, inilah masa yang sesuai untuk ku, dengan tempat tinggal aku yang letaknya selepas perkampungan orang asli, aku rasakan inilah peluang terbaik buatku.

Sememangnya aku ini seorang yang sangat naif dalam percintaan, berbekalkan keberanian dan keiklasan aku untuk mengenali sidia, aku beranikan diri ke rumahnya, Ramadhan 26, walapun aku sering kerumah ayahnya namun aku tidak pernah sedar kewujudanya, tapi aku beranikan diri bersama sahabat aku anip. akhinya aku meminta izin dari ayahnya untuk berkawan denganya. Suhaila namanya, waktu itu aku rasakan hidup aku akan berubah, aku akan tinggalkan segala kejahilan yang pernah aku lakukan, tak henti-henti aku bersyukur kepada tuhan.

Ramadhan 27. kegembiraan yang aku rasakan mahu saja aku ceritakan kepada seluruh isi prut dunia, aku ingin kabarkan aku sedah berteman, dengan riak aku kabarkan kepada semua temanku aku lah orang paling bahagia ketika itu, ketika malam menjelma sesudah aku ungkapkan kalimah bismilah aku lamar dia dengan seikhlas hatiku, ternyata aku bukan bertepuk sebelah tangan, lamaran aku diterima, subahanallah, jantungku seolah berhenti seketika, adakah ini yang dinamakan cinta atau kasih atau sayang.

Manjaku, aku simpan kasih dan sayangku di sebuah bekas, betahun lamaya aku simpan didalam lubuk hatiku, bekas itu aku sudah tuliskan namamu manjaku suhaila, akan aku berikan sedikit demi sedikit, dan bantu lah aku mencedoknya kerana lama ia tersimpan, aku akan jadi yang terbaik dan janganlah kamu samakan aku dengan lelaki-lelaki lain didunia ini. kerana keikhlasan aku tidak akn terduga olehmu sayangku. inilah kata-kata aku kepada sidia malam itu.

Ramadhan 28. semalaman manjaku menutup hendphone nya, buntu juga aku, adakah aku dah berbuat salah, tiba-tiba aku terkenangkan Alin seorang perempuan yang cintanya aku tunggu 4 tahun lamaya, mungkin tuhan membalas kesetian aku 4 tahun lamanya dengan kehadiran manjaku, kadang-kadang terbawak-bawak juga, bila aku mula mengharap dan terus mengharap akhinya aku dikecewakan.

pagi itu aku sedikit cemas dan muram dipejabat, ramai bertanyakan kenapa kamu begitu muram pagi ini, aku cuma mendiamkan diri, hingga akhirnya aku berjaya juga siapkan sebaris sajak yang akhirnya aku kirimkan mengunakan sms kepada manjaku, ternya sms itu mula masuk. aku bengang juga dengan talifon nie, ye laa... line talifon satu bar kadang-kadang tak ada terus, ye laa... tempat pedalaman. !@$%^ betul... ternyata dia membalas dengan menyatakan dia suka sajak yang aku berikan.

Maka hilanglah resah aku pagi itu. mahu saja aku buak lagu resah dari nitrus, eh apa aku melalut nie hahaha.. ok malam pon menjelma, maka bermulalh epesod sepi aku datang kembali. disinilah kejujuran memainkan peranan, aku mula dapat menghidu bahawa dari suaranya aku dapati dia tersiksa degan kehadiran aku disudut hatinya. aku bertanyakan adakah ada lelaki lain selain aku, dengan jujurnya dia menjawab ada, dalam hati aku what the fxxx. memang kaki kenceng pempuan nie, mula kata single lepastuy buat taik cam nie, kan senang masih aku tanya first dia cakap ada lelaki lain, jadi tak laa aku jadi anjing gila menyalak tak tentu pasal.

dah macam-macam perkara romantika aku pikirkan, tiba -tiba malam itu aku dapati aku hanya orang ke tiga yang cuba memikat hatinya. Aku pon bukan jenis memaksa dalam soal hati, aku tanya denganya mengapa dia terima aku bila aku melamar dia, kerana yah dan ibu dia menjawab, ayah dan ibu telah mengunci hati nya untuk meneriam orang lain melainkan aku, dia cukup tersiksa dengan keadaan itu, kini baru aku tahu dia dalam dilima.

saat ini aku cukup sedar bahawa benar kata pakcik nizam. soal hati kita tiada hak, aku pon rasa serba salah kerana perbuatan aku berjumpa dengan ayahnya. kerana aku membelakangkan soal hati bagi pihak perempuan, seolahnya aku tidak menghormatinya. dengan itu aku pasrah dengan apa yang bakal berlaku, diketawakan mungkin perkara biasa, tapi aku sangat menghormati su kerana walaupon dia banyak mulut tapi pendapat dia kelas satu aku bagi A++..

dalam usia pengenalan antara satu sama lain untuk hari keempat akhinya aku ambil keputusan untuk meninggalkanya. memang sesal juga bila buat keputusan begitu, tapi aku percaya dia seorang yang baik, dan akan ada seorang yang lebih baik akan hadir untuknya. nampak memang aku perlu sesal tapi menghormati keputusan orang lain itu kan bagus, lagi dia berterus terang bukan mudah nak berterus terang. sebut berterus terang terkenang aku dengan ana kerana sikap berterus terang dia laa aku terima dia walau aku tahu dia bosia, tapi jodoh dah tak ada nak wat macam mana.

begitulah ceritanya, hari raya memang aku mody, semua buat semua tak jadi. nasib ada pakcik nizam, dibawaknya kau ke pengerang, pantai padang liama dan pantai apa2 jela. bercerita dengan dia buat aku sedar satu benda jangan cepat letakan harapan pada sesuatu yang belum kita miliki, hormati la perempuan kerana asal kita dari situ, jadi lelaki budiman dan jangan menipu kalau mahukan sesuatu. tapi apa pon kalau korang yang baca artikel nie, kalau nak break tunggu lepas raya, pedih siut...haram betul.

lopeofhope
kota tinggi sept 2010

No comments:

Post a Comment