Tuesday, September 21, 2010

Menanti si dia muncul

selama aku cuba pejamkan mata, selama itu memori akan membawa aku terbang, terbang ke suatu alam ciptaan aku, disini cuma yang ada hanya aku, dan disitu hanya ada aku seorang yang tengah termenung, memerhati titisan air yang jatuh dari sehelai daun yang kekuningan. daun itu aku ratapi kerana bila-bila masa ia akan gugur atau diterbangkan angin. mungkin ia akan dilenyek oleh tayar kenderaan yang lalu-lalang di sebatang jalan, diseberang sana. lalu aku letakan pandangan aku kepada daun itu, ternyata aku betul, daun kekunigan itu jatuh, lalu jatuh diatas kepalaku, aku ambil dahun itu, aku selitkan dalam buku catatan perjalanan hidupku, lalu disitu lah ia berkekalan sehingga kini.

aku rasa dah sampai masa aku buangkan daun itu, biar dia reput dimamah bumi, kerana itulah tempat sebaiknya buat daun itu.

lopeofhope
pesagi3 sept 2010

No comments:

Post a Comment