Tahun ini banyak perkara yang menarik telah berlaku dari awal hingga kini. semuanya kerana aku mahukan perubahan dalam diri aku. aku sudah mual dengan perkataan "apa Nak jadi dengan ENGKAU nie". kerana perkataan ini aku nekad cuba jadi manusia yang baik dan tuhan berikan aku berbagai petunjuk hingga aku beberapa kali sujud syukur kepadanya.
Petujuk Pertama
Sememangnya langkah aku telah tersasar jauh, hingga aku tak mampu menilai dimana kebenaran yang aku cari, sebagai muslim aku tak layak untuk mempersoal tentang tuhan.. setiap orang lakukan kesalahan bagi aku, kesalahan yang aku sendiri tak dapat maafkan hingga kini adalah menduakan tuhan. aku menyalahkan tuhan kerana menjadikan diri aku terhina begini, sedangkan aku tidak pernah berusaha untuk memperbaiki diri aku.. sehingga la suatu hari aku telah didatangi oleh dua orang mualaf. seorang berbangsa hindu dan seorang berbangsa cina. kedua orang ini menyedarkan aku apakan tidakan aku lakukan itu adalah jalan terbaik pernah aku lakukan. hampir saja baju aku boleh diperah kerana titisan air mata yang jatuh. subahanllah, terima kasih Allah..
Pelajaran yang aku dapat
1) kesedihan itu sebahagian dari kita, kerana kegembiraan akan hadir selapas itu.
2) aku belajar ingat mati.
3) aku akan berkaki ayam, apabila melawat pusara nenda yg tercinta.
4) aku tidak lagi melawa kata-kata 3 org ibuku serta 2 org ayahku.
Ganjaran yang aku peroleh
1) aku bukan lagi anak yang terbiar
2) FELCRA Berhad disinilah hidup aku disinari dan dilimpah dengan seribu keredaan.
Petunjuk kedua
Bagaimana aku mahu jadi pemimpin sedangkan aku sendiri tidak bersedia untuk itu. dilema ini aku hadapi ketika aku mula jejakan kaki di bumi pesagi. sememangnya aku sudah lama tidak membaca, lalu aku membuka sebuah kotak yang dalamnya ada beberapa buah buku. aku amatinya dengan baik, tajuk buku tersebut kenapa saya masuk islam. disinilah aku mula mendampingi orang-orang tua bagi memantapkan diri aku.
Pelajaran yang aku dapat
1) setiap minggu aku akan ke perpustakaan, meminjam buku.
2) pelbagai bahan bacaan aku baca, hinggakan aku terpaksa pergi ke 2 buah perpustakaan berasingan bagi meminjam buku,
3) aku mula membaca novel.
4) selalu kene denda sebab pulang buku lewat, macam mana tak lewat aku datang jer perpustakaan tutup... nah salah siapa sekarang...hahaha..
Ganjaran yang aku perolehi
1) stail penulisan aku mula berubah. gaya tidak seharuk dulu, main bedal semacam.
2) aku senang berbicara tentang apa yang dibualkan.
3) banyak edia yang datang bagi aku memperbaiki diri aku.
4) tak mudah tertipu kerana kita bercakap atas fakta.
5) aku mula menulis sajak.
6) aku suke siapa diri aku sekarang.
Petunjuk ketiga
cinta dan perpisahan. dalam banyak-banyak perkara inilah yang paling aku membelengu aku. aku akhiri penantian selama 4 tahun. yang berakhir dengan perpisahan kerana aku hanya bisa menjadi penanti yang setia. disinilah doa memainkan peranan, "ya allah seburuk mana pun wanita yang akan datang aku terima dengan reda".. doa itu laa yang lahir dari mulut aku. tanpa aku sedari suatu hari.
Ana seorang wanita yang aku sanjungi. aku menerimanya kerana pengakuan dia. kerana dia bukanlah seorang gadis sunti yang di idam-idamkan oleh orang yang baik sepertiku. aku merelakan perasaan itu, walau aku tahu itu sesuatu yang pahit, hapir setiap malam aku titiskan air mata aku. hinggalah aku mengambil keputusan untuk tidak membiarkan dia hanyut. aku nekad aku akan ambil dia sebagai isteri aku yg sah, cuma aku letakan satu syarat, aku mahu dia memakai purdah apabila kami sudah berkawin nanti. ternyata syarat itu terlalu kejam baginya dan ternyata dia tidak sangup dengan syarat itu. dan aku lepaskan dia pergi dan aku bersukur kerana tuhan telah berikan aku petunjuk yg besar. pertama doa aku, kedua adahkah aku mampu untuk menangung doa yang telah aku pinta.. subahanallah.
selepas sebulan peristiwa ini berlalu, datang pula su. ternyata doa aku dimakbulkan tuhan. cuma soal perasaan yang penjadi persoalan. menerima aku kerana ayah dan ibu menyuruhnya berbuat begitu.ternyata ia adalah satu tindakan yang kurang bijak. kerana hati adalah milikmu sayang, bila aku melamarnya dengan sebaiknya, lamaran aku diterima, tetapi lamaran itu diterima dengan paksaan dan tanpa kerelaan. aku tahu apa rasanya paksaan bila kita tidak mahu. sebagai seorang yang bermaruah dan tidak akan sesekali mementingkan diri aku sendiri, aku lepaskan su pergi dengan baik. tapi sehari sebelum raya. memang tersiksa jiwa raga,pengajaran jangan tingakan seseorang sebelum raya apa pun, tinggalkan selepas raya tak pa. ternyata ia akan membawa mimpi buruk kepada sesiapa yg mengalaminya. hahaha.
Pelajaran yang aku dapat
1) doa la dengan sempurna
2) jangan menipu dalam soal hati
3) pelajarilah apa yg wanita mahukan, perlukan dan pahami la mereka degan sabar.
4) banyak baca novel dari penulis perempuan.
5) tiada manusia sempurna
6) jangan tinggalkan org sebelum raya.
7) jadi lelaki yg budiman jangan ego sangat.
8) aku mahu jadi lelaki yang terbaik yang akan mendampingi seorang wanita, aku akan curi hatinya dan aku mahu dia tahu hanya akan ada aku sorang sahaja yang mampu memberikan kasih yang mana tidak akan ada lelaki lain didunia ini mampu menandingi aku.
Ganjaran yang aku perolehi
1) aku belajar dari kesilapan
2) aku belajar menghormati perempuan
3) aku belajar apa itu cinta, kasih dan sahabat
4) aku belajar menerima kenyataan
5) aku belajar dilukai dan cuba tidak melukai
6) aku belajar menjadi lelaki yg sejati
7) aku temui sifat sayang adalah sebahagian dari diri aku yang sangat lemah. aku tahu sayang aku pada nafsu. sekarang aku dapat bezakan mana sayang mana nafsu.
sebagai kesimpulan, tahun ini boleh dikatakan tahun aku mencari cinta yang tidak tahu dimana kesudahanya, mungkin aku temui apa yang aku mahu atau aku akan dikecewakan lagi.
lopeofhope
ditemani hujan malam di hutan pesagi
sept 2010
No comments:
Post a Comment